Kota kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan injunksi sementara untuk 49 penduduk Kampung Bakau di Likas bagi menghalang Dewan Bandaraya Kota kinabalu daripada memasuki, mengusir dan merobohkan rumah mereka serta struktur bangunan di kampung tersebut.
Pesuruhjaya Kehakiman Dato' Abdul Rahman Sebli mengeluarkan perintah itu di kamarnya selepas mendengar saman ex-parte oleh plaintif, di ketuai Dimulu @ Nasir Ahid dan 48 penduduk lain.
Penduduk kampung itu melalui penguam Erveana Ansari memfailkan permohonan mereka dan menamakan Datuk Bandar Kota Kinabalu sebagai defenden tunggal mengikut Perintah 29, Peraturan 1 (2) dan Perintah 92 Peraturan 4, peraturan Mahkamah Tinggi, 1980.
Mereka mendakwah telah tinggal secara kekal atas tanah tersebut sebulum ia di pindah milik kepada defenden oleh pihak berkuasa negeri.
Plaintif itu juga mendakwa, kerajaan dan DBKK telah mengiktiraf dan meluluskan hak adat penduduk apabila mereka meluluskan antara lain bangunan sekolah, lot parkir, rumah ibadat, pengubasuain serta menyediakan kemudahan telefon dan elektrik.
Mereka juga mendakwa, rumah-rumah mereka sedang dirobohkan tanpa perintah mahkamah sewajarnya dan tanpa defenden memastikan sempadan tanahnya dengan tanah Kerajaan Negeri, merobohkan struktur dan kemudahan tanpa garis panduan yang sempurna.
Plaintif mendakwa mereka telah di maklumkan Jabatan Tanah dan Ukur pada 2008, bahawa jabatan itu tidak ada diberitahu oleh defenden yang defenden akan merobohkan rumah atas tanah itu atau atas tanah kerajaan sekitar
tanah tersebut.
Mereka mendakwa defenden telah memusnahkan 70 peratus daripada rumah di situ tanpa mendapat perintah mahkamah terlebih dahulu dan akan merobohkan rumah-rumah selebihnya.
Plaintif berkata, perlakuan berterusan defenden dan atau ejennya merobohkan struktur dan rumah atas tanah itu adalah menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan peraturan 'Keadilan Asasi' dan menggesa mahkamah memberikan injunksi kepada plaintif terhadap defenden...
6 comments:
anjing punya DBKK...sial....babi..kindets
sapa ada berita terkini, kongsi lah sini...kenapa bekas penduduk kampung yang di paksa berpindah tidak tahu menahu tentang hal mahkamah nie...
Alamak Kenapa baru cerita nie Keluar,sedangkan Kita dah hampir 2 tahun d halau dr kampung bakau..Tapi tindakan yg diambil oleh En.Nasir itu,kita perlu sokong dengan cara ini dapat membela hak kita.. At least mereka kena explain tindakan mereka merobohkan kg. Bakau...
ni news kelmarin bah ni daily express...
Selamatkan penduduk kg. bakau.. Pilih PR suara kuat.. kalau jadi kerajaan banyak kebajikan rakyat dapat dibela.!!
ko ni malas baca newspaper kot.. aada la daily express kuar ari tu..
Post a Comment