Alasan dari pihak pemaju yg tidak masuk akan, masalah air berlaku sejak setahun yg lalu... Apakah menukar pam mengambil masa begitu lama....????
Aduan demi aduan dibuat, namun kekebalan syarikat besar yg beri kuasa penuh oleh kerajaan membina rumah PPRT dibiarkan bermaharajalela menghisap darah org miskin yg menyewa kediaman PPRT... Hasrat kerajaan sudah cukup baik utk memberikan rakyat miskin duduk berteduh dengan lebih selesa... Namun pada masa yg sama, ada sesetengah pemaju menggambil kesempatan ini utk mengaut keuntungan dari org miskin... Ada syarikat diberi kuasa penuh utk membekalkan air terus kapada penghuni, apa yg mengecewakan jumlah bil air sungguh tidak masuk di akal... Banyak aduan telah di buat, namun semuanya tidak diperdulikan, pemimpin yg dipilih tidak pernah ingin ambil tahu, apatah lagi menjenguk para penghuni yg dibebani pemaju.. TAMANA TELIPOK RIA... Kebanyakkan penghuninya tidak berpuas hati dengan jumlah bil air yg diterima, saya sendiri menerima bil air 3 bulan sekali yg berjumlah rm250 atau lebih.. Sungguh tidak masuk di akal bila bil air lebih tinggi berbanding bil api.. Dan bila penghuni pengadu ke jabatan kerajaan, mereka hanya berkata "itu bukan urusan kami, sila rujuk pemaju"... Dan bila mengadu kepada pemaju, mereka akan berkata "mungkin PAIP terlalu banyak angin"...wowww..kami di paksa membayar angin yg terperangkap di dalam paip pemaju... Kepada aduan rakyat... Kami berterima kasih, kerana pernah sekali cuba merungkai masalah ini, namun ia cuma seketika, kini pemaju cuba bermain api sekali lagi...harap skuad aduan rakyat boleh datang perumahan ini walaupun hanya sekadar berpusing-pusing di kawasan ini, kerana bagi hemat saya, ia sudah cukup utk menakutkan pemaju...
Sent from my BlackBerry® smartphone
Sent from my BlackBerry® smartphone