200 Tunjuk Perasaan Bantah BN Roboh Rumah

Oleh Azim Fitri

KOTA KINABALU, 19 April: Hujan yang turun tidak menghalang lebih 200 penduduk yang menjadi mangsa perobohan rumah mengadakan tunjuk perasaan secara aman di Kampung Bakau, Likas.

Mereka berkumpul mengadakan tunjuk perasaan untuk menyuarakan bantahan mereka berikutan tindakan kejam kerajaan Barisan Nasional (BN) meroboh rumah-rumah mereka yang telah didiami sejak 30 tahun yang lalu.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Anwar Ali dan Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman bagi menyatakan sokongan moral PAS kepada mangsa kezaliman BN Sabah.

Idris yang berkebetulan dalam perjalanan ke satu majlis di Tuaran singgah ke Kampung Bakau untuk melihat sendiri keadaan yang dialami oleh mangsa perobohan rumah itu.

Beliau yang terlalu sebak dan sedih hanya mampu menyampaikan ucapan selama lima minit dan tidak mampu meneruskan ucapan beliau.

Laungan takbir dan ‘Hidup Pakatan Rakyat’ sentiasa bergema mengiringi setiap kali pimpinan PAS menyampaikan ucapan mereka.

Di antara kandungan sepanduk dan poster penunjuk perasaan ialah ‘Beri hak kepada kami penduduk miskin selama 30 tahun menduduki Kg Bakau Likas’, ‘Kami bantah pencerobohan ini’ dan ‘Air dan letrik kamu sudah potong tolong sambung kembali jangan siksa orang Islam sesama kita’.

Rumah-rumah penduduk Kampung Bakau telah diroboh sejak Isnin lalu.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bersama-sama anggota Rela, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Polis, Sabah Electricty dan Jabatan Air telah melancarkan operasi meroboh rumah-rumah setinggan bagi mencapai matlamat setinggan sifar 2010.-Harakahdaily

49 Penduduk Kampung Bakau Dapat Injunksi Sementara Terhadap DBKK


Kota kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan injunksi sementara untuk 49 penduduk Kampung Bakau di Likas bagi menghalang Dewan Bandaraya Kota kinabalu daripada memasuki, mengusir dan merobohkan rumah mereka serta struktur bangunan di kampung tersebut.
            Pesuruhjaya Kehakiman Dato' Abdul Rahman Sebli mengeluarkan perintah itu di kamarnya selepas mendengar saman ex-parte oleh plaintif, di ketuai Dimulu @ Nasir Ahid dan 48 penduduk lain.
            Penduduk kampung itu melalui penguam Erveana Ansari memfailkan permohonan mereka dan menamakan Datuk Bandar Kota Kinabalu sebagai defenden tunggal mengikut Perintah 29, Peraturan 1 (2) dan Perintah 92 Peraturan 4, peraturan Mahkamah Tinggi, 1980.
            Para penduduk Kampung itu, dalam afidavit sokongan mereka, mendakwa mereka terdiri daridapda pelbagai suku kaum asal dam memiliki sebidang tanah di bawah Geran Tanah Natif No. 011243330 di kenali sebagai KAMPUNG BAKAU LIKAS.
            Mereka mendakwah telah tinggal secara kekal atas tanah tersebut sebulum ia di pindah milik kepada defenden oleh pihak berkuasa negeri.
            Plaintif itu juga mendakwa, kerajaan dan DBKK telah mengiktiraf dan meluluskan hak adat penduduk apabila mereka meluluskan antara lain bangunan sekolah, lot parkir, rumah ibadat, pengubasuain serta menyediakan kemudahan telefon dan elektrik.
            Mereka juga mendakwa, rumah-rumah mereka sedang dirobohkan tanpa perintah mahkamah sewajarnya dan tanpa defenden memastikan sempadan tanahnya dengan tanah Kerajaan Negeri, merobohkan struktur dan kemudahan tanpa garis panduan yang sempurna.
            Plaintif mendakwa mereka telah di maklumkan Jabatan Tanah dan Ukur pada 2008, bahawa jabatan itu tidak ada diberitahu oleh defenden yang defenden akan merobohkan rumah atas tanah itu atau atas tanah kerajaan sekitar
tanah tersebut.
            Mereka mendakwa defenden telah memusnahkan 70 peratus daripada rumah di situ tanpa mendapat perintah mahkamah terlebih dahulu dan akan merobohkan rumah-rumah selebihnya.
            Plaintif berkata, perlakuan berterusan defenden dan atau ejennya merobohkan struktur dan rumah atas tanah itu adalah menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan peraturan 'Keadilan Asasi' dan menggesa mahkamah memberikan injunksi kepada plaintif terhadap defenden...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...