Alasan yang Lapuk...

Alasan dari pihak pemaju yg tidak masuk akan, masalah air berlaku sejak setahun yg lalu... Apakah menukar pam mengambil masa begitu lama....????
Aduan demi aduan dibuat, namun kekebalan syarikat besar yg beri kuasa penuh oleh kerajaan membina rumah PPRT dibiarkan bermaharajalela menghisap darah org miskin yg menyewa kediaman PPRT... Hasrat kerajaan sudah cukup baik utk memberikan rakyat miskin duduk  berteduh dengan lebih selesa... Namun pada masa yg sama, ada sesetengah pemaju menggambil kesempatan ini utk mengaut keuntungan dari org miskin... Ada syarikat diberi kuasa penuh utk membekalkan air terus kapada penghuni, apa yg mengecewakan jumlah bil air sungguh tidak masuk di akal... Banyak aduan telah di buat, namun semuanya tidak diperdulikan, pemimpin yg dipilih tidak pernah ingin ambil tahu, apatah lagi menjenguk para penghuni yg dibebani pemaju.. TAMANA TELIPOK RIA... Kebanyakkan penghuninya tidak berpuas hati dengan jumlah bil air yg diterima, saya sendiri menerima bil air 3 bulan sekali yg berjumlah rm250 atau lebih.. Sungguh tidak masuk di akal bila bil air lebih tinggi berbanding bil api.. Dan bila penghuni pengadu ke jabatan kerajaan, mereka hanya berkata "itu bukan urusan kami, sila rujuk pemaju"... Dan bila mengadu kepada pemaju, mereka akan berkata "mungkin PAIP terlalu banyak angin"...wowww..kami di paksa membayar angin yg terperangkap di dalam paip pemaju... Kepada aduan rakyat... Kami berterima kasih, kerana pernah sekali cuba merungkai masalah ini, namun ia cuma seketika, kini pemaju cuba bermain api sekali lagi...harap skuad aduan rakyat boleh datang perumahan ini walaupun hanya sekadar berpusing-pusing di kawasan ini, kerana bagi hemat saya, ia sudah cukup utk menakutkan pemaju...
Sent from my BlackBerry® smartphone

Lepak-lepak

Sent from my BlackBerry® smartphone

Siasat kebakaran di Kampung Lembaga Padi


KOTA KINABALU 19 Okt. - Polis diminta menjalankan siasatan terperinci terhadap kejadian kebakaran di Kampung Lembaga Padi, Inanam, dekat sini malam semalam, berikutan statusnya yang telah diperintah oleh mahkamah untuk dikosongkan kerana berada di atas tanah milik individu lain.
Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Jumat Idris berkata, pihaknya mendapat pelbagai rungutan di kalangan penduduk kampung, kononnya wujud unsur khianat dalam kejadian itu.
Bagaimanapun, beliau meminta penduduk kampung bersabar dan menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak polis untuk membuat siasatan secara menyeluruh.
"Kita tidak fikir wujud kes khianat dalam kejadian kebakaran ini kerana kemungkinan ia berpunca daripada kelalaian manusia.
"Namun apa yang lebih penting adalah semua mangsa selamat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, UMNO Bahagian Sepanggar sedang mengusahakan bantuan khususnya melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah kepada mangsa yang terlibat.
Jumat yang juga Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Sepanggar berkata, pihaknya memohon jasa baik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Daerah Tuaran (MDT) memberi kelonggaran agar mangsa kebakaran dibenarkan memasuki rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Telipok kerana semua mereka sepatutnya berpindah ke sana.
Beliau berkata, kebanyakan penduduk di situ dalam proses pemindahan, manakala sebahagiannya lagi belum lagi diuruskan.
Mengenai pembayaran wang pendahuluan, beliau berkata, perkara tersebut akan cuba diusahakan oleh kerajaan negeri.
Tambahnya, kesemua mangsa akan ditempatkan di Masjid Kampung Cenderamata Dua serta di Dewan Serbaguna Kampung Likas sementara menunggu urusan selanjutnya.
"Jumlah mereka yang terlibat terlalu ramai, kita jangka kedua-dua tempat ini tidak mencukupi serta tidak selesa untuk tempoh jangka masa lama. Sehubungan itu, saya mohon agar MDT menimbang membenarkan mangsa tinggal di Telipok Ria," katanya.
UMNO Bahagian Sepanggar turut meminta jasa baik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penderma prihatin tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran bagi meringankan beban mereka.
Menurutnya, pejabat UMNO Bahagian Sepanggar sentiasa membuka pintu untuk orang ramai memberi bantuan serta menempatkan barangan yang hendak disumbangkan, sebelum diagih-agihkan kepada mangsa kebakaran dalam tempoh terdekat.

Harap ada yg tampil....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kaki Lepak

Sent from my BlackBerry® smartphone

Aura ustaz Das'ad Latif

Semangat Piala Dunia Budak Bakau

Mungkin tidak terlintas di pikiran anda untuk memasang siaran televsion berbayar seperti Astro di pasang di pondak tong sampah. Namun tidak mustahil bagi budak bakau untuk berkerjasama memasang astro semata-mata untuk memeriahkan lagi suasana pertandingan terhebat dunia iaitu World CUP...Hasil insiatif saudara Burhan, dengan dibantu oleh budak bakau, kami kini boleh menyaksikan perlawanan bola sepak di pondok tong sampah tanpa mengganggu ketenteraman penghuni kerana perlawanan berlangsung pada waktu penghuni lain sedang lena diulit mimpi...Mungkin sudah menjadi tradisi budak bakau menonton beramai-ramai ketika Piala Dunia berlangsung di bawa hingga kini...Walaupun suasananya tidak semeriah di Kampung Bakau, namun semangat dan aura kampung bakau masih kekal di dalam diri budak bakau..hidup budak bakau....

200 Tunjuk Perasaan Bantah BN Roboh Rumah

Oleh Azim Fitri

KOTA KINABALU, 19 April: Hujan yang turun tidak menghalang lebih 200 penduduk yang menjadi mangsa perobohan rumah mengadakan tunjuk perasaan secara aman di Kampung Bakau, Likas.

Mereka berkumpul mengadakan tunjuk perasaan untuk menyuarakan bantahan mereka berikutan tindakan kejam kerajaan Barisan Nasional (BN) meroboh rumah-rumah mereka yang telah didiami sejak 30 tahun yang lalu.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Anwar Ali dan Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman bagi menyatakan sokongan moral PAS kepada mangsa kezaliman BN Sabah.

Idris yang berkebetulan dalam perjalanan ke satu majlis di Tuaran singgah ke Kampung Bakau untuk melihat sendiri keadaan yang dialami oleh mangsa perobohan rumah itu.

Beliau yang terlalu sebak dan sedih hanya mampu menyampaikan ucapan selama lima minit dan tidak mampu meneruskan ucapan beliau.

Laungan takbir dan ‘Hidup Pakatan Rakyat’ sentiasa bergema mengiringi setiap kali pimpinan PAS menyampaikan ucapan mereka.

Di antara kandungan sepanduk dan poster penunjuk perasaan ialah ‘Beri hak kepada kami penduduk miskin selama 30 tahun menduduki Kg Bakau Likas’, ‘Kami bantah pencerobohan ini’ dan ‘Air dan letrik kamu sudah potong tolong sambung kembali jangan siksa orang Islam sesama kita’.

Rumah-rumah penduduk Kampung Bakau telah diroboh sejak Isnin lalu.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bersama-sama anggota Rela, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Polis, Sabah Electricty dan Jabatan Air telah melancarkan operasi meroboh rumah-rumah setinggan bagi mencapai matlamat setinggan sifar 2010.-Harakahdaily

49 Penduduk Kampung Bakau Dapat Injunksi Sementara Terhadap DBKK


Kota kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan injunksi sementara untuk 49 penduduk Kampung Bakau di Likas bagi menghalang Dewan Bandaraya Kota kinabalu daripada memasuki, mengusir dan merobohkan rumah mereka serta struktur bangunan di kampung tersebut.
            Pesuruhjaya Kehakiman Dato' Abdul Rahman Sebli mengeluarkan perintah itu di kamarnya selepas mendengar saman ex-parte oleh plaintif, di ketuai Dimulu @ Nasir Ahid dan 48 penduduk lain.
            Penduduk kampung itu melalui penguam Erveana Ansari memfailkan permohonan mereka dan menamakan Datuk Bandar Kota Kinabalu sebagai defenden tunggal mengikut Perintah 29, Peraturan 1 (2) dan Perintah 92 Peraturan 4, peraturan Mahkamah Tinggi, 1980.
            Para penduduk Kampung itu, dalam afidavit sokongan mereka, mendakwa mereka terdiri daridapda pelbagai suku kaum asal dam memiliki sebidang tanah di bawah Geran Tanah Natif No. 011243330 di kenali sebagai KAMPUNG BAKAU LIKAS.
            Mereka mendakwah telah tinggal secara kekal atas tanah tersebut sebulum ia di pindah milik kepada defenden oleh pihak berkuasa negeri.
            Plaintif itu juga mendakwa, kerajaan dan DBKK telah mengiktiraf dan meluluskan hak adat penduduk apabila mereka meluluskan antara lain bangunan sekolah, lot parkir, rumah ibadat, pengubasuain serta menyediakan kemudahan telefon dan elektrik.
            Mereka juga mendakwa, rumah-rumah mereka sedang dirobohkan tanpa perintah mahkamah sewajarnya dan tanpa defenden memastikan sempadan tanahnya dengan tanah Kerajaan Negeri, merobohkan struktur dan kemudahan tanpa garis panduan yang sempurna.
            Plaintif mendakwa mereka telah di maklumkan Jabatan Tanah dan Ukur pada 2008, bahawa jabatan itu tidak ada diberitahu oleh defenden yang defenden akan merobohkan rumah atas tanah itu atau atas tanah kerajaan sekitar
tanah tersebut.
            Mereka mendakwa defenden telah memusnahkan 70 peratus daripada rumah di situ tanpa mendapat perintah mahkamah terlebih dahulu dan akan merobohkan rumah-rumah selebihnya.
            Plaintif berkata, perlakuan berterusan defenden dan atau ejennya merobohkan struktur dan rumah atas tanah itu adalah menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan peraturan 'Keadilan Asasi' dan menggesa mahkamah memberikan injunksi kepada plaintif terhadap defenden...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...